Thursday 26 November 2015

Ekspedisi Mendaki Gunung Bunga Buah, Genting Highland

Hai.

Assalamualaikum.

Gunung yang menjadi pilihan bagi bulan November adalah... Gunung Bunga Buah yang terletak di Gohtong Jaya Genting Highland.

Jarak perjalanan dari PJ mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Tempat berkumpul kami adalah di Stesen LRT Gombak. Waktu yang dijanjikan untuk bergerak dari LRT Gombak adalah pukul 6 pagi. Tapi apakan daya. Janji Melayu. Hehehe. Aku sendiri bangun lewat, 5.30am. Itu pun sebab Ujang dan Jejai puas call untuk kejut aku. Fuhh. Nasib dah kemas semua barang-barang sebelum tido.

Tepat pukul 7.30am barulah semua ahli kumpulan lengkap. Kitorang berkonvoi naik ke GohTong Jaya. Singgah breakfast di kedai mamak kat situ. Sempat la pekena nasi lemak, teh tarik, telur separuh masak, roti telur. Hehehe. Banyaknye aku makan,

Bestnya time macam ni dapat lepak dengan member-member baru dan lama.

Selepas itu, bergerak ke kaki gunung dengan kereta. Kemas-kemas apa yang nak dibawa naik ke puncak, warm up, dan sesi nasihat dari go-go kami iaitu Abam Jejai.

Perasaan setiap kali naik gunung, mesti nervous, takut pewai, takut injured. Semua ada. Setiap kali.


Sebelum start mendaki ke pundak, kitorang kena trekking kat track yang flat. OK. It's actually an abandoned paved road. Maybe it was the first road to Genting Highland (maybe in 70s). As a road enginner I was quite impressed with the road design. You can see roadside drain, retaining wall at certain strech along the road.

Eh. Tiba-tiba masuk omputih pulak. Tapi memang kagum lah. Jalan lama ni sebenarnya luas tapi telah dilitupi dengan semak samun. Yang tinggal hanya laluan kecil untuk pendaki.

Dan boleh dilihat jugak bunga-bunga tumbuh disepanjang trek yang landai. Memang cantik. Sebab itu nama Gunung ni Bunga Buah. Tapi buah, sebijik pun tak jumpa.


Kawasan kuari lama

Lebih kurang sejam trekking atas abandoned road yang landai, trekking sebenar bermula. Bagi aku, trek Bunga Buah ni tidaklah sukar sangat. Ok-ok je. Bukit Kutu lagi susah kot.
Apa yang menarik kat Gunung Bunga Buah ni adalah Rock Garden. Pemandangan gunung-ganang dapat dilihat dari sini.

Di Rock Garden

 



Pemandangan dari Rock Garden



Di Rock Garden ni kitorang rehat lebih lama. Sempat makan nasi lemak lagi. Well, aku sentiasa lapar kalau masuk hutan. Sumpahan apa tah. Sambil hiking pun aku boleh makan lagi. 


Selepas itu, perjalanan diteruskan. Ada jugak 4 5 orang yang tak nak naik ke puncak. So diorang rest lama sikit kat Rock Garden sebelum bergerak turun.

Dari Rock Garden ke puncak mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 min bergantung kepada kelajuan kaki masing-masing.




Dari puncak boleh dilihat pemandangan Kuala Lumpur. Nampak KLCC dan KL Tower. Spoil je sebenarnya. Naik gunung jauh-jauh nak lari dari KL. Sampai atas nampak KL. Hehe.


Lebih kurang pukul 2.30 petang, setelah selesai solat Jamak Zohor dan Asar kitorang mula gerak turun.

Perjalanan turun tidak lah sesukar mana. Cuma ada track tanah merah yang licin. Ditambah pula dengan hujan yang boleh tahan lebat masa pukul 5 petang. 

Rehat kejap waktu turun




Suasana semakin gelap. Ada member yang terseliuh, ada yang terlupa bawa headlight. Pergerakan menjadi perlahan.

Kami tiba di kaki gunung lebih kurang pukul 8.30malam. Kemudian bergerak ke masjid yang berdekatan untk membersihkan diri, tukar baju.

Terus ke restoran berdekatan dan makan. Memang lapar gila aku masa turun gunung ni.


   

Ni gambar last. Selepas makan sempat berkumpul, sembang-sembang dan sesi luahan perasaan antara satu sama lain. Wahh.

Lebih kurang pukul 11 malam masing-masing bergerak ke destinasi masing-masing.

Rasa berat hati je nak balik. Rasa tak puas daypack. Tak sempat nak berkenalan lebih lama dengan kawan-kawan. tak sempat nak menikmati hutan-hutan.

Semoga bertemu lagi selepas ini.

Bye.










No comments:

Post a Comment